BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 11, 2010

iringi doaku

salam kpd semua,
bulan rmdhan,bulan yg amat diberkati dan dimakmulkn doa oleh allah s.w.t.di sujudku tidak lekang dan jemu berdoa kpd mu agr diampunkn dosa2 ibu bapaku,guru2,adik beradiku,rkn2 ku serta diriku yg hina dan lemah ini...di sini mari kita amalkn 2 doa yg amat penting dlm kehidupan kita sbgai hamba allah.

Doa Minta Rezeki, Keampunan dan Kedudukan yang baik

1)DOA MEMINTA REZEKI
Surah Al- Maa'idah - ayat 114



قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاء تَكُونُ لَنَا عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً

مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Isa ibni Maryam (pun berdoalah kehadrah Allah dengan) berkata: "Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mu'jizat) daripadamu (yang menunjukkankebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi Rezeki."


DOA MEMINTA KEAMPUNAN ALLAH

2)Surah Al-Qasas - Ayat 16

Maksudnya;
Ia merayu (dengan sesalnya); "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". ( Maka Allah Ta'ala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

3)DOA MEMOHON KEDUDUKAN YANG BAIK

Surah Al-Israk - Ayat 80

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا

Maksudnya;
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa); "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukkan yang benar lagi mulia, dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".





~RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL~

0 comments: